Thursday, July 29, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN

PANTUN BAHASA MELAYU
 
Dua tiga kucing lari,
mana lah sama si kucing belang,
dua tiga bolehku cari,
makanan melayu yang enak.
 
 

Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILAN

KEHARMONIAN KAUM

Hari Keharmonian Kaum adalah hari yang paling istemewa untuk pelbagai kaum seperti Cina, India, Melayu dan Serani. Sambutan ini diadakan secara besar-besaran di sekolah-sekolah serata Singapura untuk mengingati dan menghargai betapa pentingnya memupuk dan mengekalkan keharmonian antara kaum di kalangan masyarakat. Hari Keharmonian Kaum disambut pada 21 Julai kerana pada tarikh 21 Julai 1964 tercetus rusuhan kaum yang mengerikan, yang menggugat keamanan negara Singapura.
Pada Keharmonian Kaum, para pelajar dikehendaki untuk memakai baju tradisi mereka ataupun memakai pakaian tradisi kaum lain. Ia bertujuan mengukuhkan keharmonian kaum di sekolah-sekolah dan memperkenalkan budaya lain melalui permainan, makanan dan pakaian tradisional kaum masing-masing.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEPULUH

AKHIR KATA

Selepas membongkar segala maklumat mengenai Budaya Melayu, saya amat bangga dan gembira kerana Budaya Melayu tetap berkekalan hingga kini. Apa yang kita lihat sekarang, budaya Cina dan India sukar untuk mereka memakai pakaian tradisional mereka kerana mereka tidak mengekakalkan budaya mereka dengan baik.


Oleh itu, pada pendapat saya, saya tidak berasa rugi atau membuang masa untuk memasuki pertandingan ini. Bak kata pepatah, sambil menyelam, minum air. Dalam masa yang sama, saya dapat mempelajari perkara yang baharu dan juga yang tidak diketahui oleh orang ramai.


Dalam pertandingan ini, kita dapat membongkar mengenai pakaian Melayu, makanan tradisional Melayu, sejarah pakaian, makanan pada zaman dahulu dan kuih-muih. Saya berharap bahawa orang-orang Melayu juga boleh mengekalkan Budaya Melayu.

Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH

KUIH-MUIH MELAYU

Kuih-muih Melayu suka dimakan pada masa lapang dengan kopi atau teh. Kuih-muih boleh didapati di serata Singapura yang mempunyai gerai melayu. Kuih-muih Melayu mempunyai bahan-bahan yang sama seperti gula melaka dan susu kelapa. Ini adalah antara bahan-bahan yang selalu digunakan.

Thursday, July 15, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM

PAKAIAN MELAYU

Pakaian Melayu boleh dipakai pada bila-bila masa seperti majlis perkahwinan, kenduri dan hari raya. Pakaian wanita boleh dihias bersama selendang dan kerongsang. Pakaian Melayu tidak bosan kerana ia berkekalan pada bila-bila masa.

Hari Raya adalah hari yang saya akan tunggu kerana pada hari raya ramai orang akan berpakaian berwarna-warni serta perhiasan sanggul dan kasut bertumit tinggi. Kini, pakaian wanita Melayu telah diubahsuai seperti kebaya lace dan korset yang harus dipakai di dalam supaya tidak kelihatan bentuk badan.

Majlis perkahwinan juga adalah salah satu majlis yang boleh digayakan dengan pakaian Melayu. Majlis perkahwinan sama dengan hari raya kerana orang ramai suka bergaya dengan pakaian mereka yang cantik dan menawan.

Kenduri doa selamat lebih sesuai dengan baju kurung yang berwarna pastel. Kenduri dikatakan seperti majlis yang sedih kerana salah satunya kenduri arwah ataupun kenduri doa selamat. Kenduri tidakmembenarkan orang untuk memakai warna yang terang.

Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA

MAKANAN MELAYU ZAMAN DAHULU

Makanan Melayu terkenal dengan rasa yang pedas dan berempah. Sudah menjadi kebiasaan untuk orang Melayu yang suka memakan makanan yang pedas. Pada masa yang sama, makanan yang pedas itu boleh menguruskan berat badan kerana suhu panas di badan boleh membakar lemak.

Orang Melayu pada zaman dahulu di Indonesia, mereka gemar memakan nasi yang tidak berkuah. Mereka juga telah dilatih untuk makan sambal belacan dan petai. Cuci mulut mereka hanya ulam-ulam yang segar. Oleh itu, orang-orang kampung dahulu, mereka jarang menghidapi penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

Dengan apa yang saya pelajari, orang kampung sering memakan makanan segera seperti kita di Singapura. Di kampung hanya terdapat ulam-ulam yang segar dan ikan-ikan di sungei.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT

SEJARAH PAKAIAN MELAYU

Setelah melungsuri beberapa lelaman di internet, saya mendapati bahawa pakaian Melayu tradisional telah dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang diperbuat dari kain kasar yang juga dikenakan dengan kain batik ataupun sarung. Di Pulau Jawa sebelum tahun 1600, kebaya dikenakan hanya wanita kerajaan di sana. Setelah itu, ramai penduduk turut memakai pakaian sebegitu.

Pakaian Melayu ini bukan sahaja popular di Singapura, Malaysia dan Indonesia, malahan, ia dipakai oleh kaum wanita yang tinggal di Cina, Filipina dan Brunei. Oleh itu, apabila kita menyambut pada Hari Keharmonian Kaum, rakan-rakan Cina saya juga ingin mencuba untuk memakai pakaian Melayu. Pada pendapat mereka, pakaian Melayu amat menarik dalam segi warna dan kain fabrik.

Tuesday, July 13, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA

MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

Makanan tradisional Melayu terdiri dari dua kategori iaitu kuih-muih dan lauk-pauk. Kedua-dua kategori ini masih berkekalan hingga ke hari ini. Makanan tradisional Melayu boleh didapati di mana-mana seperti Geylang Serai dan gerai-gerai di pasar atau pusat makanan. Saya cukup bangga bahawa makanan Melayu boleh didapati pada bila-bila masa dan di mana-mana.

Kuih-muih seperti kuih koci, kuih bakar, kuih kasturi, kuih lapis, kuih nagasari, kuih peria, kuih makmur dan macam-macam lagi. Kuih-muih sebegini menjadi popular hingga ke sekarang. Oleh itu, bukan sahaja orang Melayu yang suka memakan kuih-muih Melayu, malahan, ramai orang Cina juga suka memakan kuih Melayu. Justeru, makanan tradisonal Melayu disukai ramai bangsa.

Nasi lemak, nasi minyak, ketupat, rendang, serunding, nasi ambeng, nasi rawon, sambal goreng, lodeh dan macam-macam lagi. Lauk-pauk ini bukan hanya dihidangkan pada Hari Raya, tetapi pada bila-bila masa sahaja.

Malangnya, segolangan daripada orang Melayu ini tidak gemar memakan makanan Melayu kerana mereka tidak dibiasakan dari kecil ataupun mereka telah terpengaruh dengan makanan segera seperti di McDonalds, Long John Silver, Burger King, Swensen dan Manhattan Fish Market.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA







PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Pakaian Melayu terdapat pelbagai jenis untuk wanita. Setelah merujuk kepada buku di perpustakaan, saya telah mendapati bahawa ia mempunyai beberapa baju kurung seperti baju kurung cekak musang, baju kurung kedah, baju kurung teluk belanga dan yang digemari wanita yang berbadan langsing iaitu baju kebaya. Baju kurung atau baju kebaya itu tidak sempurna jika tidak dipadankan dengan selendang dan perhiasan diri seperti cincin, gelang, subang, dokoh dan kerongsang.

Perbezaan antara baju kurung cekak musang dan baju kurung teluk belanga adalah baju kurung cekak musang mempunyai kolar selebar satu jari untuk menegakkan. Baju kurung cekak musang boleh dipadankan dengan seluar atau kain sarung.

Baju kurung kedah yang selalu dipakai oleh nenek kita di rumah. Baju kurung kedah lebih besar di bahagian pinggang. Ia diperbuat dari kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan keras. Kain batik sarung atau kain pelikat boleh dipakai bersama baju kurung kedah.

Baju kebaya direka labuh hingga ke aras lutu ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah. Bahagian di hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah itu disematkan dengan kerongsang. Baju kebaya lebih bergaya dan mengikut bentuk badan. Oleh itu, ramai wanita yang langsing suka mengenakan pakaian sebegini untuk kelihatan lebih menarik.








Tuesday, July 6, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

MENJELAJAH BUDAYA MELAYU

Menjadi seorang anak Melayu, saya serta keluarga saya amat prihatin dengan tatatertib budaya Melayu. Saya juga ingin mengekalkan Budaya Melayu ini supaya ia dapat berkekalan hingga ke generasi seterusnya.

Pertandingan Blogging ini adalah kerana suruhan daripada guru-guru di sekolah. Walaupun, saya tidak pasti mengenai Budaya Melayu, tetapi, dengan panduan daripada guru-guru, saya bersemangat dan ghairah untuk mencuba. Dalam masa yang sama, saya juga dapat mempelajari budaya-budaya Melayu dengan lebih mendalam.

Saya ingin mempelajari mengenai budaya Melayu lebih mendalam seperti mengetahui pakaian dan makanan tradisional. Dengan buku panduan di perpustakaan dan lelaman di internet dapat membantu saya untuk mencari maklumat yang penting dan juga membongkar kisah silam.


Saya amat bangga dengan Budaya Melayu dalam segi pakaian yang masih berkekalan hingga ke hari ini. Kini, kita masih boleh melihat masyarakat Melayu yang masih berpakaian tradisional ke majlis perkahwinan, kenduri doa selamat dan hari raya. Pada zaman sekarang, remaja juga pandai menggayakan pakaian tradisonal.